Tuesday, May 14, 2013

salam sejahtera

Sudah lebih 2 minggu umat Islam berpuasa dan semakin hampir untukkita menyambut bulan Syawal!Saya pasti anda yang akan menyambut hari raya sedang melakukanpersiapan yang sepatutnya. Cuma peringatan, dalam perbelanjaan,jangan sehingga membazir.Musim perayaan, terutamanya hari Raya adalah musim untuk bersyukur,menziarah-ziarahi dan bermesra bersama keluarga dan kenalan.Pastinya membazir bukan salah satu agenda untuk hari raya- jangan sampai lepas hari raya terpaksa puasa lagi. Puasa sunat, tak mengapa... takut puasa ikat perut sebab terlebih belanja sahaja :)Artikel kali ini adalah keratan daripada majalah Islamik "I"terbitan karangkraf bertajuk "Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"Semoga artikel panjang lebar ini memberi idea kepada anda untukmenjalankan perniagaan Internet dan menambahkan pendapatan selepas hari Raya!Salam hormat,-

Irfan Khairi


=========================
Workshop Jutawan Internet
=========================

9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Sekiranya anda inginmempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah,lengkapkan dengan ilmu terlebih dahulu."Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkandari Rumah di Workshop Jutawan Internet!..." * Tarikh: 26hb Oktober 2008 (Ahad) * Tempat: JW Marriott Kuala Lumpur * Waktu: 8.45am - 6.30pm * Speaker: Irfan Khairi * http://www.rahsiainternet.com/workshopWorkshop Perniagaan Internet #1 paling laris di Malaysia yangTERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yangberjaya!Hanya 7 tempat kosong tinggal! Pendaftaran di http://www.rahsiainternet.com/workshop atau hubungi Shah di016-6966644 untuk maklumat lanjut.


=============================
Tip perniagaan bulan Ramadhan:"Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"
=============================

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yangberjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaaninternetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanyagolongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisahmengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padatyang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaaninternet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar seriusmahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadirikursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka,kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku RahsiaJutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yangpertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet,sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejakmunculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaaninternet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak,meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluhtahun yang lalu."Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejakkebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaanorang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industriinternet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyakmata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluangperniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemubual baru-baru ini.